Home Politik Muhyiddin: Standard integiriti PH dan BN adalah rendah berbanding PN

Muhyiddin: Standard integiriti PH dan BN adalah rendah berbanding PN

by M.Daim

SHAH ALAM, 7 Nov –  Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Perikatan Nasional (PN) mengambil berat isu integiriti calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) dengan melakukan tapisan yang ketat.

“PN memandang berat isu integriti dan kerana itu semua calon PN bukan sahaja membuat akujanji anti rasuah, tetapi mereka juga menjalani tapisan yang ketat

“Jika mereka didapati ada kes jenayah, sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah atas kesalahan rasuah, mereka tidak dibenarkan bertanding,

“Ini standard atau benchmark yang ditetapkan oleh PN,” katanya.

Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai standard yang lebih rendah berbanding PN.

“Mereka (BN dan PH) mungkin mempunyai standard atau benchmark yang lebih rendah daripada PN dalam isu integriti,

“Sebab itu orang yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah atas kesalahan jenayah rasuah pun dibenarkan bertanding dalam pilihan raya,

“Tetapi tidak mengapalah. Itu masalah mereka, bukan masalah kita. Saya yakin rakyat tahu menilai siapa yang lebih komited dan rela berkorban semata-mata untuk memastikan negara kita bebas rasuah dan terselamat daripada cengkaman kleptokrat,” katanya semasa melancarkan Manifesto PN Best di Glenmarie Hotel & Golf Resort, semalam.

Tegas Muhyiddin, Manifesto PN turut merangkumi janji pembentukan sebuah kerajaan yang berintegriti dan bebas Rasuah. Menurut beliau, PN akan terus pertahankan prinsip dan amalan pemisahan kuasa yang jelas di antara perundangan, kehakiman dan eksekutif.

“Kita juga akan melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung kedaulatan undang-undang tanpa campur tangan politik selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara,

“Sebagai menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, sistem perundangan dan kehakiman syariah akan turut diperkasakan,

“Jika diberi mandat oleh rakyat, Kerajaan Perikatan Nasional juga akan terus melaksanakan Pelan Antirasuah Nasional selain mewujudkan Mahkamah Anti Rasuah dan menggubal akta atau peraturan berkaitan pendanaan politik bagi memperkasakan usaha memerangi rasuah di negara ini,” ujar beliau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply