Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Aset rosak dan usang cemari kejayaan eksesais terbesar TLDM – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Aset rosak dan usang cemari kejayaan eksesais terbesar TLDM

Aset rosak dan usang cemari kejayaan eksesais terbesar TLDM

by M.Daim

KOTA KINABALU, 22 Okt – Kerosakan yang kerap berlaku dan keusangan aset merupakan antara perkara yang menghantui eksesais dalaman terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Eks Kerismas 27/2022.

“Eksesais pada kali ini membuktikan bahawa ketahanan aset-aset yang berusia telah menurun berbanding prestasi pada 20 tahun sebelumnya,

“Statistik yang terkumpul sepanjang eksesais menunjukkan trend kerosakan secara konsisten dialami oleh kapal-kapal yang telah berusia ini,

“Hasil penemuan eksesais pada kali ini turut dijadikan sebagai baseline dalam aspek perancangan pembangunan masa hadapan,” kata TLDM dalam akaun media sosial rasminya.

Menurut TLDM, faktor sebegini dan juga keadaan cuaca telah menyebabkan 11 peratus daripada perancangan eksesais gagal dilaksanakan atas beberapa faktor.

“Secara keseluruhan, sebanyak 88.7 peratus siri latihan yang dijadualkan telah berjaya dilaksanakan. 11 peratus latihan tidak dapat dilaksanakan disebabkan faktor cuaca dan juga kerana isu kerosakan yang dialami aset,

“Malah, beberapa siri latihan peperangan maritim empat dimensi juga tidak dapat dilaksanakan berikutan kekangan keupayaan tempur berikutan majoriti aset-aset TLDM dibelenggu dengan masalah keusangan,” ujarnya.

Eks Kerismas 27/2022 mula dilaksanakan selama 21 hari semenjak 3 Oktober lalu. Eksesais ini merupakan serampang dua mata bagi angkatan laut negara dalam menguji keupayaan armadanya dan juga menjaga kedaulatan perairan Malaysia.

Latihan ini melibatkan seramai 2,073 anggota TLDM berserta 23 kapal dan sebuah kapal selam. Selain itu, eksesais ini turut disertai Submarine Rescue Ship, empat buah helikopter TLDM, dua buah pesawat Unmanned Aircraft System, elemen Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan sokongan tujuh buah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Eks Kerismas pada tahun ini merupakan yang terbesar pernah diadakan oleh TLDM dan melabuhkan tirainya, semalam.

Majlis Penutupan Rasmi Eks Kerismas 22/2022 disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?