Home PolitikPakatan Harapan PAS harus henti lihat bukan Islam sebagai musuh politik – Guan Eng

PAS harus henti lihat bukan Islam sebagai musuh politik – Guan Eng

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyarankan agar PAS untuk berhenti merendahkan orang bukan Islam dengan mengatakan parti itu sanggup berunding dengan mereka dalam mengutamakan agenda perpaduan ummah.

Menurutnya, orang bukan Islam seharusnya dianggap sebagai rakyat Malaysia dan bukannya musuh politik.

“Dengan mengatakan PAS bersedia untuk berunding dengan orang bukan Islam yang mesti terlebih dahulu bersetuju dengan agenda mengutamakan perpaduan ummah. Mursyidul Am PAS telah menggunakan pendekatan eksklusif, perkauman dan ekstremis terhadap orang bukan Islam,

“Orang bukan Islam tidak seharusnya direndahkan tetapi sebaliknya diangkat secara inklusif oleh mana-mana parti politik yang bertanggungjawab yang mahu menyatukan negara ini,

“PAS harus diingatkan bahawa bukan Islam adalah warganegara Malaysia, bukannya lawan politik PAS. Namun, dengan menyatakan kesediaannya untuk berunding dengan bukan Islam, PAS nampaknya menjadikan mereka musuh politik,” katanya dalam hantaran di media sosialnya pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jassin bahawa usaha PAS untuk menyatukan ummah bukan hanya kepada parti Melayu-Islam seperti UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sahaja.

Jelasnya, mana-mana parti, tanpa mengira agama yang bersetuju dengan agenda perpaduan ummah ini boleh berunding dengan PAS.

Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan, kenyataan Hashim itu konsisten dengan permusuhan terbuka dan penghinaan terhadap hak serta maruah orang bukan Islam yang dinyatakan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Ia termasuklah menyalahkan orang bukan Islam kerana menjadi punca gejala rasuah, mengancam kuasa politik orang Melayu,

“Campur tangan dalam acara kebudayaan bukan Islam seperti mengharamkan konsert hiburan dan Oktoberfest serta Bon Odori walaupun tiada upacara keagamaan yang diadakan,

“Abdul Hadi tanpa ada perasaan malu mengatakan PAS yakin akan meraih sokongan bukan Islam,” ujarnya.

Tegasnya, orang bukan Islam menolak PAS bukan sahaja kerana rasisme dan pelampau mereka tetapi juga kerana kegagalan mereka dalam pengurusan ekonomi serta tadbir urus yang buruk. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply