Home Semasa Kenaikan Gaji Tahunan tambahan khas RM100 untuk penjawat awam

Kenaikan Gaji Tahunan tambahan khas RM100 untuk penjawat awam

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Seramai 1.28 juta penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjawat awam akan menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

“Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi Gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100,

“Ia menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat serta Menteri Kabinet.

Beliau berkata, kerajaan juga telah bersetuju menambahbaik Kadar Tetap 3 peratus semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu.

“Kadar ini diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2022,

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan Pekeliling berkaitan bagi penjelasan terperinci bagi perkara ini,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply