Home PolitikPakatan Harapan PRU15: PH bertanding guna satu logo, reka bentuk dan imej baharu

PRU15: PH bertanding guna satu logo, reka bentuk dan imej baharu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Pakatan Harapan (PH) sebulat suara bertanding menggunakan satu logo iaitu lambang gabungan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

Bagaimanapun, Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan menjelaskan, satu reka bentuk baharu logo tersebut juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU-15.

Majlis Presiden itu berkata, perkara tersebut diumumkan susulan ketetapan yang diambil pada mesyuarat bulanan mereka yang diadakan semalam.

“Majlis Presiden PH dalam mesyuarat bulanan semalam membuat beberapa ketetapan penting sebagai langkah persiapan dalam menghadapi PRU-15,

“Dalam menghadapi PRU-15, PH akan memberi fokus kepada usaha konsolidasi bagi memperkukuh PH itu sendiri,

“PH akan bertanding dengan satu logo, iaitu logo Pakatan Harapan,

“Satu reka bentuk baharu logo tersebut juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Pada PRU lalu, PH terpaksa bertanding di bawah logo PKR selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tidak meluluskan pendaftaran gabungan itu sebagai satu parti gabungan dan penggunaan logonya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply