Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kursus asas PAC uji kegigihan, kekentalan dan kecekalan anggota 10 Briged PARA

Kursus asas PAC uji kegigihan, kekentalan dan kecekalan anggota 10 Briged PARA

by Air Times News Network

MELAKA, 18 Jul – Seramai 8 pegawai dan 194 anggota di bawah naungan 10 Briged (Para) berjaya menamatkan Kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC) (Decentralised) Siri 2/2022 di persisiran pantai, Kem Terendak, pada Jumaat lepas.

Buletin Briged Para dalam hantaran di media sosialnya berkata, penutup kursus telah disempurnakan Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Khairul Azmizal dalam ucapannya mengingkatkan kepada penuntut kursus APAC dan seluruh warga 10 Briged (Para) supaya sentiasa mengekalkan 𝘗𝘢𝘳𝘢 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘪𝘭𝘦 sebilang masa selain mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam apa jua aspek tugasan yang diberi.

“Nilai kesatuan sedia ada atau lebih dikenali sebagai 𝘈𝘪𝘳𝘣𝘰𝘳𝘯𝘦 𝘉𝘳𝘰𝘵𝘩𝘦𝘳𝘩𝘰𝘰𝘥 yang mengutamakan tugas dan organisasi, tidak mementingkan diri sendiri hendaklah dikekalkan demi memastikan nilai dan kebanggaan dalam menjunjung keutuhan organisasi dapat dicapai,” katanya.

Panglima 10 Bgd (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal menyempurnakan pemakaian beret merun dan sayap berdarah kepada penuntut kursus.

Selain itu, Panglima 10 Briged (Para) merakamkan terima kasih di atas kehadiran keluarga penuntut yang pada acara penuntup kali ini.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penuntut kursus di atas kegigihan, kekentalan dan kecekalan menamatkan kursus siri kali ini.

Turut diadakan pertunjukan Demonstrasi Dinamik Tempur berkonsepkan sebahagian aturgerak 10 Briged (Para) seperti 𝘐𝘯𝘴𝘦𝘳𝘵𝘪𝘰𝘯 oleh Tim tinjau, serangan dengan menggunakan bot tempur, melaksanakan serangan mengejut (𝘳𝘢𝘪𝘥) ke atas kedudukan musuh dan seterusnya melaksanakan 𝘦𝘹𝘵𝘳𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯.

Pada kursus APAC kali ini, Leftenan Redza Rodwan dari pasukan 9 RAMD (Para) telah dinobatkan Penuntut Keseluruhan Terbaik.

Manakala Prebet Mohamad Ikmal Hakim Mohd Roslan dari Markas 10 Briged (Para) telah merangkul Penuntut Ketabahan Terbaik dan Penuntut Jasmani Terbaik telah dianugerahkan kepada Prebet Mohamad Nur Radzman Muhamad Munib dari pasukan 9 RAMD (Para). – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply