Home Diskusi Kolumnis: Dilema UMNO – Kluster Mahkamah dan Perang Ismail Sabri-Zahid

Kolumnis: Dilema UMNO – Kluster Mahkamah dan Perang Ismail Sabri-Zahid

Bulan Jun telah berlalu pergi dan ianya telah menjadi saksi kepada beberapa perkembangan penting yang berlaku dalam UMNO. Kluster Mahkamah dan perpecahan dalam parti telah menimbulkan dilema UMNO. Situasi sebegini sudah tentu akan memberikan kesan kepada masa depan Barisan Nasional (BN).

1MDB dan Najib

Pada 1 Jun lalu, BN telah mengadakan konvensyen di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Perhimpunan ini bermatlamat untuk memperkukuhkan kesatuan dan kekuatan di kalangan parti komponen. Konvensyen ini melibatkan UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Gabungan parti Friends of BN turut hadir ke majlis ini.

Dalam acara ini, Datuk Seri Ismail Sabri merakamkan penghargaan kepada pemimpin UMNO dan BN kerana memberi sokongan kepada beliau sebagai Perdana Menteri (PM) ke-9 semenjak 21 Ogos tahu lalu. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menyatakan kepercayaan yang diberikan bukan sesuatu yang mudah. Malah, Ismail sanggup memikul tugas bersama kepimpinan BN.

Di dalam majlis yang sama, bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa beliau tidak didakwa atas kesalahan mencuri dalam perbicaraan rasuahnya. Tetapi beliau telah didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram yang beliau tidak mendapat sebarang manfaat langsung. Najib dilihat cuba menggunakan platform ini untuk mengangkat kembali nama beliau ke persada politik tempatan dan seolah-olah memberi bayangan beliau bersedia kembali memimpin tampuk pemerintahan negara.

Datuk Seri Najib Razak pertahan pendirian beliau dalam kes 1MDB.

Dalam perbicaraan kes 1MDB, Najib telah dituduh menerima 4 rasuah berjumlah RM2.3bilion dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang berjumlah RM4.3bilion.

Bagi sesetengah pihak dalam BN, kes 1MDB dilihat sebagai bersifat politikal berbanding kes rasuah. Mereka melihat usaha Najib adalah untuk mengisi semula dana perang untuk digunakan semasa pilihanraya. Situasi sebegini telah pun berlaku untuk hampir beberapa dekad.

Sistem politik Melayu secara kebiasaannya akan mempertahankan “orang-orang mereka” dengan apa cara pun. Perkara ini berterusan sehingga Mahathir menggunakan 1MDB untuk kepentingan politik dan menjadi liabiliti kepada UMNO sendiri. Najib mungkin tidak akan didakwa ke mahkamah sekiranya pergaduhan antara orang Melayu ini tidak berlaku. Semua Ini adalah drama dendangan yang dipacu oleh Kluster Mahkamah, untuk meraih simpati.

Masa telah pun berubah dan BN tidak boleh lena diulit mimpi dengan kejayaan masa lalu, terutamanya selepas berjaya menang dalam 3 pilihan raya negeri sebelum ini.

BN perlu mencipta semula keajaiban untuk dirinya untuk mengukuhkan sokongan pengundi.

Perang Zahid dan Ismail Sabri

Ketika Najib mempertahankan pendiriannya dalam kes 1MDB, perang dalaman UMNO sudah pun berlaku. Ini terutamanya melibatkan 2 kem utama dalam parti – Kem Zahid dan Kem Ismail Sabri.

 Keadaan ini menjadi lebih jelas selepas penyokong kuat Ismail Sabri, Tajuddin Rahman telah disingkirkan dari Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO oleh Zahid Hamidi.

PM yang merupakan Naib Presiden UMNO, dilihat tidak hadir ke mesyuarat MKT. Ketidakhadiran beliau dilihat sebagai suara bantahan Ismail Sabri dalam isu Tajuddin. Perkara ini secara tidak langsung menandakan “perjuangan sudah bermula”.

Malah, Ismail Sabri juga dikhabarkan tidak hari ke Mesyuarat “Top 5” yang lazimnya diadakan sebelum Mesyuarat MKT.

Penyingkiran Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dedah berlaku konflik dalaman UMNO.

Sebaliknya, Ismail Sabri menyertai satu perbincangan dalam talian berhubung pembangunan global yang diterajui oleh Presiden China, Xi Jinping. Sumber dalam parti menyatakan Ismail sepatutnya boleh menyerahkan tugas ini kepada menteri kanan yang lain.

Dengan pemecatan Tajuddin, perang telah berlaku dalam UMNO. Perbalahan antara dua kem ini telah berada dalam satu keadaan dimana adalah mustahil untuk satu pihak benar-benar menikam pihak yang lain tanpa mencederakan dirinya sendiri.

Dari suara dalam UMNO sendiri terdengar keluhan isu siapakah yang layak akan menggantikan Ismail Sabri sekiranya beliau berjaya disingkirkan?

Nampaknya, PM tidak akan mendengar desakan dari parti yang meminta agar Parlimen dibubarkan segera. Dengan itu, beliau mungkin dipecat sebagai ahli UMNO. Pemecatan ini tidak akan memberikan sebarang kebaikan mahupun mempertingkatkan keyakinan untuk parti ketika berada di ambang pilihanraya. Langkah ini sudah tentu berisiko. Kemudian, apakah pilihan yang lain?

Secara jelas dan nyata, Ismail Sabri berada dalam situasi dilema. Jika bubarkan parlimen dengan segera, beliau akan kehilangan pengaruh. Beliau boleh diganti. Sekiranya PM setuju untuk bubar parlimen, Presiden UMNO berkemungkinan tidak akan memilih sekutu Ismail Sabri dalam Kabinet bagi UMNO. Secara politiknya, Ismail Sabri telah tewas jika beliau bersendirian.

Namun begitu, sekiranya beliau tidak mengadakan pilihanraya seperti dikehendaki oleh parti, beliau dan penyokongnya tidak mungkin akan dipilih sebagai calon!

Pertelingkahan dalam UMNO akan merugikan dua pihak yang bertelagah.

Semakin lama pilihanraya ditunda, situasi semakin merbahaya untuk UMNO kerana ianya akan menyebabkan kekalahan yang teruk. Tindakan iniIsmail Sabri mungkin memberikan kesan kepada UMNO setiap hari. Langkah menghentikan subsidi makanan, serta keputusan U-Turn secara tidak langsung mencerminkan UMNO tidak mempedulikan rakyat.

Ismail Sabri juga dilihat seperti sedang mencari jalan kompromi bagi memastikan pemilihan calon akan melibatkan penyokong beliau dan juga menjamin pelantikannya sebagai Perdana Menteri, seandainya UMNO menang PRU-15. Namun begitu, siapa berkuasa untuk berbuat demikian? Oleh kerana kuasa ini terletak di tangan Presiden, maka perkara ini agak mustahil untuk berlaku.

Sekiranya Zahid tunduk, beliau akan menyerahkan kerusi presiden parti kepada Ismail Sabri yang juga menjadi Perdana Menteri. Situasi ini sudah tentu permulaan kejatuhan Zahid sebagai tokoh politik.

Adakah rakyat atau negara menjadi faktor utama kepada UMNO untuk membuat keputusan?

PENAFIAN:

Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi kolumnis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Artikel asal adalah berbahasa Inggeris dan boleh diakses di pautan ini.

 

Related Articles

Leave a Reply