Home PolitikBarisan Nasional Tajuddin digugurkan dari jawatan MKT UMNO

Tajuddin digugurkan dari jawatan MKT UMNO

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Menurut surat bertarikh 21 Jun yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, pelucutan jawatan itu berikutan komitmen Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Ahmad Maslan juga dilaporkan merakamkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu atas khidmat beliau sebagai ahli majlis tersebut.

“Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) telah melantik Datuk Seri Tajuddin sebagai Ahli (MKT) UMNO,

“Saya bagi pihak Presiden UMNO ingin merakamkan ucapan bebanyak terima kasih atas khidmat sebagai Ahli MKT UMNO selama ini,

“Dimaklumkan bahawa Presiden melalui surat ini menamatkan pelantikan Datuk Seri sebagai Ahli MKT UMNO,” katanya dalam surat bertarikh 21 Jun lalu.

Bagaimanapun Ahmad tidak menyatakan sebab Tajuddin dipecat dari jawatannya dalam surat itu.

Dalam masa yang sama, Ahmad Maslan turut berharap Tajuddin akan meneruskan khidmatnya sebagai ahli politik yang komited dan menumpukan tugas penting sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Pada 26 Mei tahun lalu, Tajuddin dipecat sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) selepas berseloroh pada sidang akhbar susulan kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) pada Mei tahun lalu, sekali gus mengundang kecaman orang ramai.

Surat pemecatannya ditandatangani Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkuatkuasa serta merta.

Sementara itu, pada 19 Jun lalu, Tajuddin mengesahkan dijemput ke Istana Negara untuk menerima watikah pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply