Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sindiket curi kenderaan mewah ‘Geng Ah Beng’ tumpas – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Sindiket curi kenderaan mewah ‘Geng Ah Beng’ tumpas

Sindiket curi kenderaan mewah ‘Geng Ah Beng’ tumpas

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket curi kenderaan mewah dikenali sebagai ‘Geng Ah Beng’ dalam Operasi Lejang, pada 17 hingga 22 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Polis, Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan yang dijalankan di Perak, Pahang, Kedah dan Johor telah berjaya menahan seramai 10 suspek yang terdiri daripada 7 lelaki serta 3 wanita berusia antara 35 hingga 62 tahun.

“Modus operandi sindiket adalah dengan mencuri kereta mewah di taman perumahan atau apartment pada waktu malam dan awal pagi kemudian dijual di negara jiran melalui orang tengah pada harga RM7,000 hingga RM25,000,

“Dengan tertumpasnya sindiket ini, kita berjaya menyelesaikan 23 kes curi kenderaan dengan pecahan kes sebanyak 7 di Selangor iaitu Gombak (4), Johor (8), Kuala Lumpur (4), Perak (3) dan satu kes di Pahang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, hari ini.

Tambahnya lagi, sindiket tersebut turut menggunakan alatan khas dalam aktiviti terbabit dan mampu memecah masuk kenderaan dalam masa 30 saat.

Dalam pada itu, peranti dan alat khas yang digunakan sindiket terbabit dipercayai diperolehi dari negara luar bagi tujuan melumpuhkan serta mengambil alih sistem keselamatan kenderaan yang dicuri.

“Selepas mencuri, mereka akan menggunakan pelekat cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu untuk mengelirukan pihak berkuasa sekiranya diperiksa.

“Mereka turut menggunakan alat untuk menghalang peranti sistem kedudukan global (GPS) di dalam kenderaan terbabit daripada dikesan,” ujarnya.

Tegasnya lagi, kesemua suspek direman di IPD Gombak untuk siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan pihak polis masih mengesan saki baki ahli sindiket yang masih bebas. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?