Home SemasaGlobal 2 veteran tentera AS ditawan oleh Rusia

2 veteran tentera AS ditawan oleh Rusia

by M.Daim

KYIV, 16 Jun – 2 orang veteran tentera Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dalam pertempuran di Ukraine dikhuatiri telah ditawan oleh Rusia.

Kumpulan pejuang asing yang terdiri daripada warga AS dan Perancis, Task Force Baguette dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua individu telah ditawan dalam satu pertempuran di kawasan timur laut Kharkiv.

“Pada minggu lalu, salah satu pasukan kami telah terperangkap dalam serangan oleh tentera Rusia. 2 rakan kami dari AS telah ditawan,

“Maklumat keberadaan mereka telah disahkan oleh pihak perisikan tentera Ukraine,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Penahanan kedua-dua individu terbabit menjadikan warga Amerika Syarikat yang pertama ditawan oleh Rusia dalam peperangan di Ukraine.

Perkembangan terbaharu ini menjadikan selepas 2 warga negara Britain yang telah ditawan oleh Rusia selepas kejatuhan Mariupol.

Aiden Aslin, bekas pekerja pusat jagaan dan Shaun Pinner, bekas tentera British telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Donetsk. Turut menerima hukuman sama adalah warga Maghribi, Brahim Saadoune.

Hukuman yang dijatuhkan terhadap ketiga-tiga pejuang asing terbabit telah menimbulkan kebimbangan akan nasib 2 warga AS ditawan.

Selain daripada itu, hubungan Moskow-Washington menjadi lebih sensitif selepas Perang Ukraine berlaku pada akhir Februari lalu.

Sementara itu, ahli Kongres AS, Adam Kinzinger menyatakan kedua-dua warga AS yang dipercayai ditawan oleh Rusia mempunyai hak pelindungan mengikut Konvensyen Geneva.

“Mereka telah menyertai tentera Ukraine dan berhak mendapat perlindungan serta layanan mengkut Konvensyen Geneva,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply