Home Pertahanan dan Keselamatan Kenyataan MACVA tidak tepat, mengelirukan – JHEV ATM

Kenyataan MACVA tidak tepat, mengelirukan – JHEV ATM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) menegaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung Majlis Reunion Bekas Perajurit (RV 6622) sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak Malaysian Armed Forces Chinese Veteran Association (MACVA).

Wakil JHEV ATM, Norhazamiah Mohd Gazali TUDM menjelaskan, sebaliknya, MACVA telah mengeluarkan pemakluman tersebut tanpa persetujuan mahupun pengetahuan Jabatan ini dan ianya adalah keputusan yang diputuskan oleh MACVA sendiri.

Menurutnya, JHEV ATM selaku jabatan kerajaan tidak pernah meluluskan ataupun menyokong sebarang aktiviti yang boleh mengganggu keharmonian dan ketenteraman awam baik ianya daripada persatuan veteran mahupun Veteran ATM sebagai individu.

“Kenyataan daripada MACVA adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ramai pihak,” jelas JHEV ATM dalam kenyataan lewat malam tadi.

Sebelum ini, MACVA dalam surat yang bertarikh 2 Jun 2022 menyatakan, JHEV tidak mempunyai bantahan terhadap semua veteran termasuk ahli MACVA, untuk menghadiri acara Perhimpunan Veteran yang diadakan pada hari ini sebagai individu.

Menurut MACVA, keputusan itu dibuat setelah satu mesyuarat yang diadakan pada Khamis lalu bersama Bahagian Dasar JHEV ATM yang membincangkan mengenai perhimpunan veteran tersebut.

“Ahli MACVA yang ingin hadir sebagai individu dinasihatkan supaya tidak memakai baju korporat MACVA kami atau sebarang pakaian dengan Lencana MACVA, Penjumlahan Nama dengan logo MACVA semasa menghadiri acara tersebut,

“Sila patuhi semua nasihat dan arahan PDRM di lapangan pada setiap masa,” jelas surat berkenaan. –

Justeru, Norhazamiah menjelaskan, JHEV ATM selaku Pendaftar bagi Veteran ATM dan persatuan veteran mengambil serius ke atas perkara tersebut.

“JHEV ATM akan mengambil tindakan ke atas mana-mana persatuan veteran ataupun veteran ATM yang telah menyalahguna nama Jabatan ini,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, semua persatuan veteran yang berdaftar di bawah Jabatan ini hendaklah mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan memaklumkannya kepada semua ahli persatuan masing-masing. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply