Home Pertahanan dan Keselamatan Cubaan seludup petrol, minyak masak gagal

Cubaan seludup petrol, minyak masak gagal

by Nurulhuda

SANDAKAN, 5 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan 2 buah bot yang disyaki membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan pesisir pantai Kampung Bakau, semalam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Sabah Deputi Superintenden Polis (DSP) Rusdin Banin berkata, pihaknya telah menahan bot tersebut yang berada dalam keadaan mencurigakan di perairan tersebut.

Beliau berakta, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat barang kawalan beberapa jeriken minyak petrol dan minyak masak di dalam bot berkenaan.

“Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut,

“Nilai rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan berjumlah RM44,757.50 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru penduduk setempat terutama masyarakat maritim dan persisir pantai menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di pantai ke pihak berkuasa dengan kadar segera. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply