Home Pertahanan dan Keselamatan Kontinjen MALBATT 850-9 rangkul tempat ketiga Annual Enviromental Award 2022

Kontinjen MALBATT 850-9 rangkul tempat ketiga Annual Enviromental Award 2022

by Nurulhuda

MARAKAH, 4 Jun – Kejayaan sesebuah pasukan sudah tenttu hasil daripada kesungguhan, tekad dan usaha yang teliti dalam merancang sesuatu perancangan.

Ia juga menuntut pengorbanan masa dan usaha anggota sepasukan demi mencapai kejayaan.

Perkara itu dibuktikan oleh Kontinjen Malaysia Battalion 850-9 (MALBATT 850-9) MALBATT 850-9 yang sedang menjalankan misi keamanan United Mission Interim Force In Lebanon (UNIFIL) di negara Lubnan.

Kontinjen MALBATT 850-9 telah berjaya mengharumkan nama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Malaysia khasnya apabila berjaya memenangi tempat ke-3 bagi Force Commander Annual Enviromental Award 2022.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam kenyataan menjelaskan, sijil penghargaan dan hadiah kemenangan tersebut telah disampaikan kepada Timbalan Komander MALBATT 850-9, Leftenan Kolonel Norzaini Ismail, oleh Major General Aroldo Lazaro Saenz, Force Commander/Head Of Mission (FC/HoM) di UNIFIL HQ, Naqoura, Lubnan, pada Khamis lalu.

“Penyertaan tersebut merangkumi 3 jenis projek yang dilaksanakan di EP 00 iaitu salah satu
pos dibawah tanggungjawab MALBATT 850-9, Projek Rainwater Harvesting System, Trash
Trap dan Solar Spotlight,

“Kontinjen MALBATT 850-9 telah menyertai pertandingan ini dengan projek ‘𝙄𝙢𝙥𝙡𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙊𝙛 𝙀𝙣𝙫𝙞𝙧𝙤𝙢𝙚𝙣𝙩𝙖𝙡 𝙂𝙤𝙤𝙙 𝙋𝙧𝙖𝙘𝙩𝙞𝙘𝙚’,

“Projek tersebut telah dijayakan oleh Pegawai Alam Sekitar MALBATT iaitu Kapten Wan Ahmadkamal Khushairy dan Kapten Muhammad Abdul Ghazali serta dibantu oleh Elemen Jurutera MALBATT 850-9,” jelas MK AB.

Menurut MK AB, 𝘛𝘳𝘢𝘴𝘩 𝘛𝘳𝘢𝘱 ini dibina pada sistem peparitan penduduk setempat yang mana saliran ini terus mengalir ke Sungai Litani. Ia digunakan untuk mengumpul sampah dari saliran tersebut dari terus mencemari Sungai Litani.

“𝘙𝘢𝘪𝘯𝘸𝘢𝘵𝘦𝘳 𝘏𝘢𝘳𝘷𝘦𝘴𝘮𝘦𝘯𝘵 pula telah memberi langkah penjimatan kepada warga EP 00 semasa bertugas dimana implementasi ini dapat menjimatkan penggunaan air bagi kegunaan harian yang tidak melibatkan kegunaan makanan dan minuman,

“Manakala, penggunaan 𝘚𝘰𝘭𝘢𝘳 𝘚𝘱𝘰𝘵𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵 pula digunakan dan telah menjimatkan penggunaan elektrik, janakuasa dan minyak diesel. Implementasi ini telah memberi impak yang besar kepada Alam Sekitar dan memberi kejayaan kepada Kontinjen MALBATT 850-9,” tambahnya.

Penyertaan MALBATT 850-9 ini sejajar dengan Tonggak Keempat Komander MALBATT 850-9 iaitu memperkasakan latihan dan pengukuhan ilmu pengetahuan.

Pelaksanaan latihan individu, kolektif dan bilateral atau multilateral serta latihan berterusan yang berkesan akan membolehkan penambahbaikan dilakukan terhadap profisiensi taktikal dan teknikal Warga Harimau Biru. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply