Home Pertahanan dan Keselamatan Keselamatan awam dan sempadan Sarawak penting kepada kedaulatan Malaysia – TYT

Keselamatan awam dan sempadan Sarawak penting kepada kedaulatan Malaysia – TYT

by M.Daim

KUCHING, 17 Mei – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud hari ini menegaskan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu berganding bahu dalam memastikan tahap keselamatan sempadan.

“Keselamatan awam dan sempadan kita adalah penting kepada kedaulatan negara. Oleh itu, saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan Sarawak bagi memperkukuhkan keselamatan sempadan kita,

“Saya juga menggesa kerajaan persekutuan untuk memperhebatkan mekanisme pemantauan dan pemerkasaan rentas sempadan,

“Ini memastikan keselamatan awam dan keselamatan sempadan kita tidak akan terancam dalam usaha untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju,” katanya semasa menyampaikan ucapan sempena Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

Beliau turut menyuarakan keyakinan terhadap kepimpinan negeri Sarawak senntiasa menjaga hubungan baik dengan Putrajaya.

Tambahnya, keputusan Dewan Rakyat yang bersetuju untuk meminda Rang Undang-Undang Perlembagaan berkaitan isu Perjanjian Malaysia 1963 pada Disember lalu merupakan satu pengukuhan kepada kedudukan Sarawak dalam negara ini.

“Saya turut bersyukur pindaan RUU Perlembagaan berkaitan perjanjian Malaysia 1963 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Disember tahun lepas,

“Ini mengukuhkan lagi kedudukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia, membuktikan semangat kesatuan Keluarga Malaysia telah wujud dan dikekalkan,

“Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan perhatian yang khusus kepada Sarawak terutamanya dalam bidang ekonomi dan infrastruktur,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply