Home Pertahanan dan Keselamatan 19 PATI menyorok dalam parit, paya bakau dicekup

19 PATI menyorok dalam parit, paya bakau dicekup

by Nurulhuda

BANTING, 27 Apr – Tindakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bersembunyi di dalam parit dan paya bakau untuk memasuki Malaysia gagal, apabila ditahan oleh anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih bersama Pasukan Sekurelawan Malaysia (RELA) di Kampung Tali Air, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua PATI itu dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot kira-kira jam 3.30 pagi.

“Tangkapan pertama membabitkan 5 PATI yang bersembunyi di dalam parit manakala 14 lagi ditahan di kawasan paya bakau berhampiran,

“Tangkapan keseluruhan sejumlah 14 lelaki dan 5 perempuan warga asing berumur antara 21 hingga 48 tahun,” jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Rizal berkata, pemeriksaan mendapati kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,

“Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas PDRM,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada PDRM berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply