Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Program Jiwa Murni erat silaturahim Tentera Darat dengan awam

Program Jiwa Murni erat silaturahim Tentera Darat dengan awam

by Air Times News Network

SELANGOR, 18 Apr – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) di Sekolah Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al- Habibiyyah, Kuang, pada Jumaat lalu.

Markas 4 Div dalam hantaran di media sosialnya berkata, objektif PJM ini diadakan bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara TDM dan awam.

“Ianya dapat memberi sumbangan tenaga serta bakti kepada masyrakat untuk melahirkan keyakinan dan sokongan masyarakat awam kepada TDM amnya,” katanya.

Terdahulu, seramai 10 pegawai dan 60 anggota dari 4 Rejimen Kor Polis Tentera Darat (KPTD) termasuk dari 13 Kompeni KPTD (AW) terlibat dalam PJM ini.

“Aktiviti ini juga dilaksanakan termasuklah menebang pokok, memotong rumput, mencuci longkang, dan membersihkan pagar perimeter sekolah tersebut,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply