Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sorok mercun dalam rumah ibadat bernilai RM213 ribu gagal – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Sorok mercun dalam rumah ibadat bernilai RM213 ribu gagal

Sorok mercun dalam rumah ibadat bernilai RM213 ribu gagal

by Air Times News Network

MUAR, 18 Apr – Taktik sindiket penyeludup menyembunyikan mercun dalam rumah ibadat gagal apabila diserbu oleh Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah rumah ibadat di MBP 192 KR, Parit Jawa, awal pagi semalam.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Deputi Suprintenden Polis Salehin Suleiman berkata, serbuan yang dilakukan pada jam 12.10 pagi itu berjaya menahan seorang lelaki dewasa berumur 58 tahun serta merampas sebanyak 92 kotak besar berwarna coklat berisi pelbagai jenis mercun.

“Hasil siasatan mendapati suspek tidak memiliki lesen menyimpan dan permit menjual mercun yang sah,

“Jumlah nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM213,000,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Salehin menjelaskan, serbuan tersebut berjaya melumpuhkan satu rangkaian sindiket pengedaran dan penjualan mercun disekitar daerah tersebut.

Tambahnya lagi, sindiket tersebut menjadikan rumah ibadat sebagai stor simpanan mercun sebelum diedarkan kepada peniaga-peniaga kecil. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?