Home PolitikPakatan Harapan MoU perlu dibincang antara PM dan PH, bukan keputusan MKT UMNO – Anthony Loke

MoU perlu dibincang antara PM dan PH, bukan keputusan MKT UMNO – Anthony Loke

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Apr – Isu berkenaan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) perlu dibincangkan secara rasmi di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk tidak meneruskan MOU dengan PH selepas 31 Julai 2022 adalah urusan di antara Perdana Menteri, dengan partinya.

“Perlu ditegaskan bahawa MoU tersebut adalah persefahaman di antara PH dengan Kerajaan Persekutuan dan bukannya dengan pucuk pimpinan UMNO,

“Justeru, pihak kami tidak terikat dengan apa-apa keputusan MKT UMNO,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Anthony Loke berkata, terdapat percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam blok Kerajaan tentang garis masa MoU seperti dilaporkan media.

Tegasnya, bagi PH, isu yang paling penting adalah pelaksanaan semua komitmen kerajaan yang termaktub dalam MoU terutamanya penggubalan Akta Anti Lompat Parti sebelum Parlimen dibubarkan.

“Dalam Pemukiman DAP Pusat baru-baru ini, pucuk pimpinan parti telah mengarahkan supaya seluruh jentera pilihan raya DAP mesti bersiap siaga sepenuhnya menjelang Ogos 2022.
“Dalam apa keadaan sekali pun, saya yakin bahawa DAP dan PH bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembubaran Parlimen pada awal bulan Ogos akan datang,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply