Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Senapang angin antara dirampas bersama 8 PATI Indonesia

Senapang angin antara dirampas bersama 8 PATI Indonesia

by Nurulhuda

SARAWAK, 11 Apr – Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 8 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 2 laras senapang angin berserta 2 bilah parang di kawasan Ladang Sawit Sektor Pos Kandaie 50 meter dari sempadan Malaysia – Indonesia awal pagi tadi.

Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam kenyataan berkata, penahanan dibuat selepas anggotanya yang sedang melaksanakan penugasan di Pos Kawalan telah mengesan sebuah kendraan pelbagai guna (APV) bersama 2 buah motosikal yang mencurigakan sedang melalui jalan utama di kawasan tersebut pada jam 7 pagi.

Menurut 1 Div, hasil pemeriksaan awal mendapati 3 pemandu kenderaan tersebut membawa 5 PATI untuk pulang ke Indonesia.

“Kesemua mereka yang terdiri daripada seorang wanita dan 7 lelaki merupakan warga Indonesia berusia 17 hingga 43 tahun,

“Mereka ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen lintas batas yang sah dan juga memiliki pasport yang telah tamat tempoh,” jelas kenyataan itu.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM50,000.00 melibatkan sebuah kenderaan APV, 2 buah motosikal, 2 laras senapang angin, 2 bilah parang, sebuah tabung untuk memproses dadah jenis syabu, telefon bimbit serta wang tunai.

Tambahnya, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM50,000.00 melibatkan sebuah kenderaan APV, 2 buah motosikal, 2 laras senapang angin, 2 bilah parang, sebuah tabung untuk memproses dadah jenis syabu, telefon bimbit serta wang tunai.

Kesemua individu tersebut bersama barangan rampasan telah diserahkan kepada pihak PDRM dan laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Lundu. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply