Home Pertahanan dan Keselamatan 3 aset maritim, 36 pesawat Angkatan Tentera FPDA sertai Eksesais Bersama Shield

3 aset maritim, 36 pesawat Angkatan Tentera FPDA sertai Eksesais Bersama Shield

by Nurulhuda

BUTTERWORTH, 21 Mac – Sebanyak 3 aset maritim, 36 buah pesawat udara dan beberapa unit pertahanan udara serta anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera negara-negara Five Power Defence Arrangements (FPDA) akan menyertai Eksesais Bersama Shield 2022 (BS22) pada 19 Mac hingga 1 April ini.

Majlis perasmian eksesais tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Staf Headquarters Integrated Area Defence System (HQIADS), Kolonel Lau Mun Leng (Republic of Singapore Air Force,RSAF) yang juga merupakan Pengarah Eks BS22 bertempat di Auditorium No 18 Skuadron Pangkalan Udara Butterworth, pada Sabtu lalu.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, Eksesais BS22 merupakan eksesais gabungan tahunan antara Angkatan Tentera negara-negara FPDA iaitu Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Staf Headquarters Integrated Area Defence System (HQIADS), Kolonel Lau Mun Leng (Republic of Singapore Air Force,RSAF) yang juga merupakan Pengarah Eks BS22 di Auditorium No 18 Skuadron Pangkalan Udara Butterworth, pada Sabtu.

“Eksesais ini akan dilaksanakan secara Field Training Exercise bermula dari 19 Mac 2022 sehingga 1 April 2022 di sebahagian kawasan perairan, darat, udara Semenanjung Malaysia dan Singapura,

“Latihan ini juga akan dilakukan di kawasan perairan serta udara Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia di Laut China Selatan,” ujarnya.

MK AB menegaskan, eksesais tersebut bukanlah sebagai satu bentuk ancaman kepada negara-negara sekitar tetapi ianya adalah satu latihan dengan tahap profesionalisme Angkatan Tentera negara-negara FPDA serta seiring falsafah perjanjian FPDA yang bersifat defensif. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply