Home SemasaGlobal Israel dan ISIS saling bekerjasama serang Damysik – Syria

Israel dan ISIS saling bekerjasama serang Damysik – Syria

by M.Daim

DAMSYIK, 9 Mac – Kementerian Luar Syria hari ini mendakwa Israel dan kumpulan pengganas ISIS (Daesh) telah melancarkan secara serentak di Damsyik.

Menurutnya, serangan tersebut dilancarkan pada pagi 7 Mac lalu di satu kawasan kejiranan di ibu kota Syria.

“Serangan yang dilancarkan oleh Israel di Damsyik berlaku beberapa jam selepas kumpulan pengganas Daesh menyerang tentera Syria,

“Ianya bukan satu kebetulan dan sudah pasti kedua-dua penjenayah ini saling bekerjasama,” kata Kementerian Luar Syria dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Israel dan Daesh mempergunakan keadaan semasa antarabangsa yang kacau bilau untuk melakukan serangan terhadap Syria.

“Pihak Syria tidak akan berdiam diri dengan serangan berterusan oleh Israel yang menyebabkan korban jiwa di kalangan penduduk awam,” ujarnya.

Selain itu, pihak Damsyik turut mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terutamanya Majlis Keselamatan untuk tidak menutup mata dengan apa yang berlaku di Syria. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply