Home Pertahanan dan Keselamatan Lagi bot bawa PATI Indonesia diusir

Lagi bot bawa PATI Indonesia diusir

by Nurulhuda

TAWAU, 5 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menghalang cubaan sebuah bot dari negara jiran yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Tawau di Kawasan perairan Laut Sungai Melayu, Pulau Sebatik, pada Jumaat.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintenden Polis (DSP) Ridzauddin Selamat berkata, anggotanya telah menahan sebuah bot yang dijuragani oleh seorang lelaki yang membawa 7 orang penumpang warga Indonesia.

Beliau berkata, kesemua yang berada di dalam bot tersebut berumur di antara 22 tahun hingga 61 tahun terdiri daripada 4 lelaki dan 3 wanita.

“Juragan bot dan kesemua penumpang telah diberi penerangan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,

“Bot yang membawa 7 orang penumpang tersebut telah diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19,” tegasnya.

Ridzauddin turut menjelaskan, pihaknya menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan demi mengekalkan keselamatan serta kedaulatan negara. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply