Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Zamrose laksana kunjungan hormat ke Kemboja, pertingkat hubungan negara serantau

Zamrose laksana kunjungan hormat ke Kemboja, pertingkat hubungan negara serantau

by Nurulhuda

PHNOM PENH, 3 Mac – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain melaksanakan kunjungan hormat kepada Permanent Secretary of State for Ministry of National Defence, General Neang Phat di Ministry of National Defence, Cambodia, semalam.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, kunjungan hormat tersebut membolehkan Zamrose berinteraksi dengan kepimpinan Ministry of Defence Cambodia bagi merapatkan lagi hubungan dua hala yang telah terjalin sejak sekian lama antara kedua negara khususnya di antara kedua Angkatan Darat.

“Pertemuan dan perbincangan ringkas ini secara tidak langsung turut membuahkan hasil yang bermakna dalam mengeratkan lagi hubungan pertahanan dalam menjaga keamanan dan kestabilan kedua negara serta rantau ini secara kolektif,

“Lawatan sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu memfokuskan Pengukuhan Hubungan Pertahanan,” jelas hantaran itu.

 

Related Articles

Leave a Reply