Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Murni: 5 KAD bantu pascabanjir bersih sekolah di Setiu

Op Murni: 5 KAD bantu pascabanjir bersih sekolah di Setiu

by Nurulhuda

SETIU, 4 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus komited dalam membantu agensi awam dengan membersihkan kawasan termasuk sekolah yang telah ditenggelami banjir baru-baru ini.

Rejimen Ke-5 Artileri Diraja (5 RAD) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, anggota B Bateri telah diaturgerakkan ke Sekolah Kebangsaan Kampung Besut dan Sekolah Kebangsaan Sungai Las yang terjejas akibat banjir.

“Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban mereka yang bertungkus lumus dalam membersihkan kawasan tersebut untuk mempercepatkan proses kemasukan guru-guru serta murid-murid ke sekolah,

“Bantuan yang dihulurkan ini sejajar dengan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam,” jelas hantaran itu.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply