Home PolitikPakatan Harapan PRN Johor titik noktah tamatkan keangkuhan UMNO dan BN – Syed Saddiq

PRN Johor titik noktah tamatkan keangkuhan UMNO dan BN – Syed Saddiq

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 14 Feb – Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor penting dalam menamatkan keangkuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Muar tersebut berkata, PRN yang akan menentukan kebangkitan rakyat ini tidak mustahil akan mengulangi kejayaan pembangkang menumbangkan UMNO-BN.

“Parti MUDA bersama kawan-kawan lain akan berentap, kalahkan mereka. Jangan biarkan politik keangkuhan dan politik domino ini berterusan,

“Mereka bermula dengan satu persatu kerajaan negeri, kini di Johor sekiranya mereka menang percayalah, satu persatu PRN akan datang,

“Selagi kita tidak letak titik noktah di Johor, selagi itu keangkuhan (UMNO) berterusan,” katanya dalam ucapan sempena Pelancaran Jentera PH dan Muda, pada Isnin.

Syed Saddiq menegaskan, Johor patut dijadikan titik penentu kepada permulaan kebangkitan rakyat untuk melawan keboboran dan keangkuhan UMNO-BN.

Beliau turut menjelaskan, pihaknya bersama Pakatan Harapan perlu mencari tanda sepakat untuk menyelamatkan rakyat negeri Johor.

“BN mengatakan mereka yang membawa kestabilan demi kemakmuran. Ini satu penipuan yang terbesar. Mereka kata mereka membawa kestabilan, tetapi mereka jugalah watak utama yang membawa ke ‘Langkah Sheraton’ selepas mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,

“PRN ini bukan mengenai PH dan MUDA atau Perikatan Nasional. Tetapi PRN ini yang akan menentukan kebangkitan rakyat. Sebab itu semua parti menggunakan slogan yang sama iaitu Johor Bangkit,

“Dahulu, Johor dilihat sebagai kubu kuat UMNO-BN berjaya ditumbangkan oleh kepimpinan pembangkang yang berpadu, tidak mustahil ia akan kembali semula,

“Dalam pejuangan ini kita perlu menggembeleng tenaga dan usaha bersama, ia tidak akan mudah tapi saya yakin dengan strategi yang baik kita akan memang PRN ini,” jelas Syed.

Tegasnya, hanya pembangkang sahaja yang betul-betul mempunyai niat untuk mengangkat negara yang amanah, berintergriti, rakyat yang berbilang bangsa dan agama untuk menentukan hala tuju Johor lebih baik serta cemerlang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply