Home Semasa Terus melonjak, 9,117 kes baharu COVID-19 direkodkan

Terus melonjak, 9,117 kes baharu COVID-19 direkodkan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia terus melonjak kepada 9,117 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di media sosialnya berkata, kes baharu ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,904,131.

“Pada 5 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,117 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,904,131 kes,” katanya.

Semalam, negara mencatatkan kes jangkitan baharu sebanyak 7,234 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, jumlah yang dilaporkan pada Jumaat, 73 kes merupakan kategori 3 hingga 5 dan 7,161 lagi kategori 1 dan 2, manakala sebanyak 234 kes import membabitkan 92 rakyat tempatan turut direkodkan.

Sementara itu, penularan dalam negara adalah 7,000 kes yang terdiri daripada 6,754 rakyat tempatan dan 246 warga asing. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply