Home Semasa 4 ditahan dalam Op Noda di Nusa Bestari

4 ditahan dalam Op Noda di Nusa Bestari

by Air Times News Network

ISKANDAR PUTERI, 27 Jan – Sebuah hotel di Nusa Bestari yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran berjaya diserbu sepasukan polis dari Cawangan D7 Judi/Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Polis Dzulkhairi Mukhtar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan dan 3 wanita bukan warganegara untuk siasatan.

“Pihak polis turut merampas sebuah kereta, 10 keping kondom, 2 tuala wanita, 1 gulung tisu, 2 kad akses, 3 botol minyak pelincir jenama Durex, 5 telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM 450.00,

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai pelbagai rekod lampau bersabit kesalahan penggunaan dadah,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek telah direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 372B KK, 55B A.IMG, 6(1)(c) A.IMG, tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply