Home Semasa Rehatkan Azam Baki dan Abu Zahar, adakan sidang khas Parlimen segera – PH

Rehatkan Azam Baki dan Abu Zahar, adakan sidang khas Parlimen segera – PH

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Pakatan Harapan (PH) mengesa supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki; Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar perlu direhatkan bagi beri laluan siasatan telus serta terperinci dapat dilakukan.

Majlis Presiden PH meneliti kenyataan media 6 Ahli LPPR yang telah menjauhkan diri mereka dari kenyataan Abu Zahar yang telah cuba membersihkan nama Azam Baki.

“Kenyataan media 6 Ahli LPPR ini amat mengejutkan dan membuka mata seluruh negara kepada kepincangan yang berlaku dalam proses siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM,

“Jelas SPRM atau badan penasihat SPRM tidak boleh melakukan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya sendiri, dan siasatan oleh badan bebas yang tiada kaitan dengan SPRM amat diperlukan,

“Kenyataan 6 Ahli LPPR ini menjadi bukti paling kukuh Pengerusi LPPR sudah tidak diyakini dan tidak dipercayai Ahli LPPR. Oleh itu, Tan Sri Abu Zahar perlu direhatkan sehingga selesai siasatan penuh terhadap Ketua Pesuruhjaya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kenyataan Majlis Presiden PH itu dikeluarkan bersama oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Sementara itu, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, Tan Sri Borhan Dolah juga perlu direhatkan sehingga siasatan yang sama selesai kerana enggan bertindak menyiasat Azam Baki.

“Sungguhpun Azam Baki berkemungkinan telah melakukan kesalahan undang-undang dengan membenarkan akaun saham digunakan oleh adiknya secara proksi berkaitan dengan perdagangan berjuta-juta saham dan waran,

“Perlu ada pimpinan baru yang bersih, profesional dan bebas untuk mengetuai LPPR dan PPPR SPRM agar kewibawaan, integriti dan kredibilit SPRM dapat dipulihkan semula,” ujarnya.

Majlis Presiden PH juga mengulangi pendirian bahawa satu sidang khas Parlimen perlu diadakan segera untuk merunding dan membincangkan isu yang amat penting ini, sebaiknya sehari sebelum atau selepas sidang khas berhubung isu banjir pada 20 Januari nanti. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply