Home Pertahanan dan Keselamatan 8 PATI berhimpit dalam kereta dicekup

8 PATI berhimpit dalam kereta dicekup

by Nurulhuda

PASIR MAS, 12 Dis – Hasrat 8 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang menaiki sebuah kereta Proton Pesona untuk menyusup masuk ke negara ini tidak kesampaian apabila mereka ditahan oleh anggota polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kesemua PATI yang terdiri daripada 7 lelaki dan seorang wanita itu ditahan pada jam 1.30 pagi di atas jambatan Lemal.

Beliau berkata, penahanan dibuat selepas anggota yang bertugas melihat sebuah kereta mencurigakan di kawasan Padang Licin menghala ke Pasir Mas.

“Kami dapati kereta itu dipandu dalam keadaan laju dan mencurigakan. Jadi anggota bertugas mengejar kereta tersebut bagi tujuan pemeriksaan,

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta itu mendapati 8 PATI tersebut berada di tempat duduk belakang,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Menurutnya, anggota bertugas turut menghubungi unit peronda yang lain bagi mendapatkan bantuan.

Mohd Nasaruddin berkata, 2 lelaki yang dipercayai membawa PATI tersebut melarikan diri dan usaha mengesan individu itu gagal apabila mereka hilang tanpa jejak.

Tambahnya, kesemua PATI yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi tindakan lanjut manakala kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?