Home Pertahanan dan Keselamatan Rejimen 22 Komando juara Ujian Kemahiran Gerak Khas 2021

Rejimen 22 Komando juara Ujian Kemahiran Gerak Khas 2021

by M.Daim

MERSING, 11 Dis – Rejimen 22 Komando (22 Komando) juarai Ujian Kemahiran Gerak Khas 2021, semalam.

Majlis penutup Ujian Kemahiran Gerak Khas 2021 telah disempurnakan oleh Ketua Staf Am Markas 21 Gerup Gerak Khas, Brigedier Jeneral Adi Ridzwan Abdullah di Kem Iskandar, Mersing.

“Ujian ini bertujuan untuk memastikan tahap pengetahuan, kepakaran, dan stamina di kalangan anggota Gerak Khas berada di tahap cemerlang,” kata Ketua Staf Am Markas 21GGK dalam ucapan penutup majlis.

Beliau menambah, pertandingan ini juga bermatlamat untuk meningkatkan tahap kesiagaan pasukan.

Ujian Kemahiran Gerak Khas 2021 telah diadakan pada 7 hingga 10 Disember 2021 di sekitar Johor yang berkonsepkan operasi tempur pasukan khusus.

Acara ini merangkumi 4 disiplin utama pertandingan iaitu mendayung bot tempur, pandu arah, menembak dan jalan lasak 30 kilometer.

Pertandingan yang disertai 6 pasukan yang terdiri daripada 6 pegawai dan 114 anggota Lain-lain Pangkat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply