Home Pertahanan dan Keselamatan Tekong tempatan bawa masuk 17 PATI ditahan

Tekong tempatan bawa masuk 17 PATI ditahan

by Nurulhuda

TAWAU, 17 Nov – Tindakan seorang tekong tempatan untuk menyeludup masuk 17 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sabah gagal apabila berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di Jalan Batu Apas, pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat berkata, kesemua PATI yang berumur antara 6 bulan hingga 50 tahun itu ditahan semasa menaiki sebuah kenderaan di lampu isyarat Jalan Batu 1 Jalan Apas.

Beliau berkata, 16 PATI tersebut baru tiba dari negara jiran menggunakan bot dan kesemua mereka tidak memiliki dokumen yang sah seterusnya dihantar menggunakan kenderaan ke arah tujuan.

“Kesemua tahan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat JSJ IPD Tawau,

“Keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM68,000.00. Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” jelasnya menerusi hantaran di media sosial PPM Wilayah 4.

Dalam masa yang sama, Ridzauddin berkata, pasukannya akan terus komited dalam menjalankan Operasi Beteng dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan.

“Masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya juga digalakkan untuk menyalurkan sebarang maklumat ke pasukan keselamatan bagi memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggari undang-undang dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan serta keselamatan negara,” tambahnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply