Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 68 tahun KPTD terus utuh, releven sebagai organisasi kepolisan

68 tahun KPTD terus utuh, releven sebagai organisasi kepolisan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Kor Polis Tentera Darat (KPTD) akan terus meningkat dan memperkemaskan pengurusan serta perancangan bagi memperkasa sebuah kor yang kredibel, seimbang serta dinamik dalam melaksanakan tanggungjawab demi negara.

Pengerusi KPTD, Brigedier Jeneral Datuk Mislan Anuar berkata, warga KPTD perlu bergerak ke hadapan seiring dengan fokus kepimpinan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain iaitu memperkasa sebuah angkatan yang kredibel.

Beliau berkata, untuk menjadi sebahagian daripada ketumbukan angkatan yang kredibel, KPTD memerlukan sumber manusia yang profesional, berjati diri tinggi dan memiliki sistem urus tadbir serta dokongan logistik organisasi yang mantap selain kewujudan keutuhan di dalam organisasi.

KPTD perlu bergerak ke hadapan seiring dengan fokus kepimpinan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain iaitu memperkasa sebuah angkatan yang kredibel. – Pengerusi KPTD, Brigedier Jeneral Datuk Mislan

Menurutnya, dengan panduan yang ditetapkan, ia akan membolehkan KPTD terus utuh dan cemerlang sebagai sebuah organisasi kepolisan yang sentiasa relevan serta sentiasa siap siaga sebilang masa.

“Sesungguhnya, KPTD juga telah melalui beberapa evolusi pemodenan sepanjang penubuhannya,

“Adalah menjadi kewajipan kita bersama bagi memastikan KPTD kekal kompetitif dan relevan serta sentiasa dapat memberi perkhidmatan kepolisan terbaik dan berkesan,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Ulang Tahun KPTD ke-68, pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, Mislan juga menjelaskan KPTD bakal menerima 10 buah motosikal penguatkuasa Honda 1,300CC pada 15 Disember 2021 bagi meningkatkan tahap kesiagaan pasukannya.

“Pada tahun 2021 ini, KPTD diberi keutamaan dalam perkembangan elemen logistik dan mobiliti oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan perolehan sebanyak 69 motosikal Kawasaki Scrambler dan 54 motosikal WM Scrambler kepada pasukan KPTD,

“Dengan kehadiran aset ini pasukan KPTD mampu membuat tugasan seperti rondaan, tinjauan kawasan dan operasi KPTD yang lain dengan lebih efisyen serta efektif,

“Selain daripada itu, KPTD juga kini dalam perlaksanaan perluasan skop kereta peronda dengan penambahan sebanyak 27 buah kereta peronda,

“Kehadiran sebanyak 42 buah kereta peronda mulai september tahun lalu dilihat memberikan impak yang positif dalam penguatkuasaan dan show-off force di dalam kawasan tanggungjawab,

“Disamping itu, perolehan motosikal penguatkuasa sebanyak 40 buah secara sewaan telah dibajetkan dalam perbelanjaan Kementerian Pertahanan bagi tahun 2022 dan telah dipersetujui di peringkat Kementerian Kewangan Malaysia,” jelasnya.

Tambahnya, diharapkan dengan pencapaian ini mampu meningkatkan moral dan anggota dalam melaksanakan tugasan yang diberikan sekaligus mempamerkan imej Polis Tentera yang kemas serta segak.

Seramai 15 pegawai dan 163 anggota lain-lain pangkat (LLP) diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Mawaar Ridi Abdul Rahman terlibat dalam perbarisan tersebut yang diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT), Kem Genting Klang.

Turut hadir, Provos Marsyal Tentera Darat, Brigedier Jeneral Azman @Norazman Selamat; Pengarah KPTD, Kolonel Muhamad Rafi Abdul Kadir serta Pegawai-Pegawai Kanan KPTD.- airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply