Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan 30 PATI di Kudat

Polis Marin tahan 30 PATI di Kudat

by Nurulhuda

KUDAT, 5 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kudat telah menahan 2 buah kapal nelayan bersama 30 pendatang asing tanpa izin (PATI), di perairan Kudat, kemarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat, Asisten Komisioner Polis (ASP) Cyril Douglas berkata, pihaknya telah menahan 2 bot tersebut yang sedang menjalankan aktiviti perikanan di perairan berkenaan pada jam 11.50 pagi.

“Pemeriksaan terhadap kedua-dua buah kapal tersebut mendapati 30 lelaki dewasa telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,

“Kesemua PATI dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk disiasat dibawah Akta Imigresen 1959,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM Wilayah 4 Sabah, semalam.

Cyril Douglas berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian yang disediakan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply