Home Semasa Sarang pelacuran warga asing diserbu

Sarang pelacuran warga asing diserbu

by Air Times News Network

PETALING JAYA, 30 Okt – Sebuah pangsapuri persendirian di Taman Usahawan, Kepong yang dijadikan sarang pelacuran warga asing sejak 3 minggu lalu terbongkar apabila diserbu pihak polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dalam kenyataan berkata, seramai 4 orang wanita warga asing yang berumur 26 hingga 37 tahun ditahan dalam serbuan tersebut.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati modus operandi kegiatan ini berselindung di sebalik rumah pangsapuri persendirian dan mereka dipercayai baru sahaja beroperasi sejak 3 minggu lepas,

“Pihak polis juga merampas wang tunai berjumlah RM300.00, kondom, minyak urut dan pelincir dalam serbuan tersebut,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, kesemua mereka yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan menyalahgunakan permit pekerjaan.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak terbabit di dalam aktiviti tidak sihat seperti ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini juga boleh menghubungi pihak berkuasa,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply