Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
ATM bantu NGO agih bantuan makanan di Sandakan – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan ATM bantu NGO agih bantuan makanan di Sandakan

ATM bantu NGO agih bantuan makanan di Sandakan

by Nurulhuda

SANDAKAN, 18 Okt – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) mengaturgerakkan skuadron bot MK ATB 2 untuk mengagihkan bantuan makanan dan keperluan harian kepada 400 orang penduduk di Pulau Berhala serta Kampung Tanjung Batu Darat, semalam.

Bahagian Hal Ehwal Awam, MK ATB 2 berkata, sumbangan tersebut dihulurkan oleh sukarelawan Hunger Hurts, iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berpusat di Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, kerjasama ini adalah yang kedua dilakukan selepas ia dilaksanakan di Pulau Berhala pada 10 Januari lalu dalam membantu penduduk yang terjejas serta mengalami kesempitan hidup akibat kehilangan pekerjaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19.

“Bantuan pada kali ini adalah dalam bentuk makanan dan barangan keperluan harian serta telah disalurkan kepada seramai 400 orang penduduk di kawasan berkenaan yang telah dikenal pasti mengalami kesempitan hidup akibat kehilangan pekerjaan sewaktu PKP dilaksanakan sebelum ini,” katanya dalam hantaran di media sosial MK AB, hari ini.

Sumbangan pek makanan dan barangan keperluan harian ini dihulurkan oleh sukarelawan Hunger Hurts, iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berpusat di Shah Alam, Selangor.

Pengarah Program, Puan Nur Syarina Ali berkata, pandemik COVID-19 telah memberi kesan terhadap rakyat Malaysia termasuklah di Sabah.

“Hal ini telah menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa bagi menyara kehidupan seharian,

“Justeru itu, program kali ini memberikan fokus terhadap keluarga yang benar-benar terjejas di kedua-dua penempatan ini,

“Kami turut mengucapkan terima kasih kepada Skuadron Bot ATB 2 khasnya Detasmen Bot Sandakan di atas bantuan pengangkutan dan tenaga kerja yang telah diberikan,” jelasnya.

Sementara itu, Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad turut berharap agar program seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara ATM dengan masyarakat melalui NGO-NGO disamping terus aktif membantu penduduk yang terkesan di sepanjang kawasan tanggungjawab. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?