Home Pertahanan dan Keselamatan Vaksin: 888 anak anggota tentera, Kementerian Pertahanan terima dos kedua

Vaksin: 888 anak anggota tentera, Kementerian Pertahanan terima dos kedua

by Nurulhuda

JOHOR, 17 Okt – Seramai 888 anak anggota tentera dan penjawat awam Kementerian Pertahanan berumur 12 hingga 17 tahun menerima suntikan dos kedua di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja Negeri Johor.

Markas Briged Tujuh Briged Infantri Malaysia (7 Bgd) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, program itu telah dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu Kluang dan PPV Pandu Lalu Ulu Tiram, pada Sabtu.

Terdahulu, pemberian suntikan dos pertama vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNtech dilaksanakan secara serentak di kedua-dua lokasi PPV Pandu Lalu pada 25 Sep 2021.

Pemangku Panglima 7 Bgd, Kolonel Asri Shukor turut berkesempatan meninjau pengoperasian PPV Pandu Lalu Kem Mahkota, Kluang.

Menurutnya, program tersebut dilaksanakan bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari melibatkan 4 saluran laluan kenderaan serta 4 stesen suntikan serta membabitkan seramai 80 petugas.

“Program ini juga dalam memperkasakan kebajikan warga tentera dan keluarga bagi mencapai tahap imuniti kelompok PICK negeri Johor,” tambahnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply