Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 732 anak anggota ATM, Kementerian Pertahanan mula terima vaksin di Kuching

732 anak anggota ATM, Kementerian Pertahanan mula terima vaksin di Kuching

by Nurulhuda

KUCHING, 23 Sept – Seramai 732 remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang terdiri daripada anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan di Sarawak mula menerima suntikan vaksin COVID-19, hari ini.

Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) menerusi hantaran di media sosial berkata, program vaksinasi ini telah diadakan di Padang Kawad Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja, Kem Penrissen dengan menggunakan konsep pandu lalu.

“Program Vaksinasi yang melibatkan 1,200 penerima turut diadakan serentak di Kem Oya, Sibu, Kem Pakit, Sri Aman, dan Kem Similajau, Bintulu,

“Manakala di Kem Sri Miri, Miri akan diadakan pada 24 September ini,

“Bagi Zon Kuching sahaja 736 penerima dijangka menerima suntikan dos pertama Vaksin Comirnaty Pfizer-BioNTech dan suntikan kedua akan diadakan pada 14 Oktober depan,” jelasnya.

Menurutnya, seramai 69 petugas yang terdiri daripada pegawai dan anggota-anggota dari 1 Batalion Ubat serta staf daripada formasi 1 Div dan Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Brig) termasuk staf awam Kementah bersama-sama memastikan segala persiapan serta pelaksanaan program vaksinasi ini berjalan lancar.

 

Related Articles

Leave a Reply