Home SemasaGlobal AUKUS: Perancis batal pertemuan Menteri Pertahanan dengan UK

AUKUS: Perancis batal pertemuan Menteri Pertahanan dengan UK

by M.Daim

LONDON, 20 Sept – Pertemuan Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly dengan Setiausaha Pertahanan United Kingdom (UK) telah dibatalkan oleh Paris sebagai protes penubuhan AUKUS.

Pertemuan antara kedua-dua pihak sepatutnya diadakan pada minggu ini.

Menurut laporan media Britain, pembatalan acara tersebut adalah tanda protes Perancis terhadap penubuhan AUKUS yang menyebabkan Australia membatalkan perolehan kapal selam dari negara Eropah itu.

“Perancis kerugian kira-kira US$66 bilion (RM275 bilion) selepas Australia membatalkan perolehan kapal selam,” lapor The Guardian.

Australia bakal memperolehi 8 buah kapal selam berkuasa nuklear melalui inisiatif AUKUS.

Penubuhan AUKUS pada minggu lalu telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan diplomatik di antara Perancis dengan Amerika Syarikat (AS), Australia dan UK.

Paris telah memanggil pulang duta mereka dari AS dan Australia. Pembatalan pertemuan Menteri Pertahanan Perancis dengan Setiausaha Pertahanan UK dilihat sebagai langkah terbaharu oleh Paris yang membantah penubuhan inisiatif AUKUS. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply