Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut ‘BADIK’, Kapal Misi Pesisir ke-3 milik TLDM

‘BADIK’, Kapal Misi Pesisir ke-3 milik TLDM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menamakan Kapal Misi Pesisir (LMS) ketiga sebagai BADIK yang melambangkan simbol semangat kepahlawanan, perjuangan, keberanian dan kekuatan dalam menentang serta menangkis serangan musuh.

TLDM dalam kenyataan berkata, upacara penamaan tersebut telah disempurnakan oleh Rohana Osman iaitu isteri kepada Penasihat Pertahanan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Republik Rakyat China pada Jumaat.

Upacara penamaan Kapal Misi Pesisir telah disempurnakan oleh Rohana Osman iaitu isteri kepada Penasihat Pertahanan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Republik Rakyat China, hari ini. Foto: TLDM

Kapal yang dinamakan BADIK bersempena nama salah sebuah kapal ronda Kelas KERIS yang telah dilucut tauliah pada tahun 2005. BADIK merupakan kapal LMS ketiga TLDM dan akan menyertai Skuadron LMS Ke-11 yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Skuadron tersebut kini mempunyai 2 buah kapal LMS iaitu KD KERIS dan KD SUNDANG yang telah beroperasi.

BADIK merupakan kapal LMS ketiga TLDM dan akan menyertai Skuadron LMS Ke-11 yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Foto: TLDM

“BADIK mula dibina pada 18 September 2019 dan telah dilancarkan ke permukaan air pada 28 Oktober 2020 oleh Pasukan Projek LMS TLDM di Wuhan,

“Setelah menjalani ujian penerimaan di pelabuhan dan laut, kapal ini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Malaysia pada 14 September 2021 di Qidong, China,

“Seramai 7 pegawai dan 38 anggota lain-lain pangkat (LLP) sebagai kru pertama telah menjalani latihan intensif selama 5 bulan di China dan BADIK dirancang tiba di Malaysia pada penghujung September 2021,” menurut kenyataan itu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply