Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Program derma darah, komitmen TDM terhadap masyarakat dan negara

Program derma darah, komitmen TDM terhadap masyarakat dan negara

by Nurulhuda

SUNGAI BESI, 1 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menganjurkan Program Derma Darah Peringkat TDM sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-64 bagi membantu Pusat Darah Negara (PDN) dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

TDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, program tersebut telah dilaksanakan di Dewan Dato’ Jamil Ahmad, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman.

“Pelaksanaan program sebegini juga merupakan apresiasi pengorbanan warga TDM demi memastikan kepentingan masyarakat umum,

“Program sebegini juga diharap akan dapat menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air di dalam kalangan warga TDM,” katanya.

Seramai 400 orang penderma, dari kalangan pegawai dan anggota TDM yang bertugas di sekitar Kuala Lumpur, telah tampil menderma darah pada program kali ini.

“Ia sekaligus membuktikan bahawa kerjasama erat telah sedia terjalin di antara TDM dengan PDN,

“Selain itu, pelaksanaan program sebegini turut mendukung Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam yang menekankan kepada hubungan baik TDM dengan agensi awam, dalam memberi manfaat kepada masyarakat,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply