Home PolitikBarisan Nasional Konsep Keluarga Malaysia tepati matlamat BN – Zambry

Konsep Keluarga Malaysia tepati matlamat BN – Zambry

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata konsep Keluarga Malaysia yang diketengahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menepati matlamat BN yang meletakkan perpaduan dan keharmonian sebagai asas negara Malaysia.

Beliau berkata, dengan latar pelbagai bangsa, suku kaum dan agama serta wilayah, konsep tersebut adalah cerminan sebenar Malaysia.

“Diharap akan mengukuhkan perpaduan serta tekad seluruh rakyat untuk sama-sama menggembleng tenaga dan fikiran bagi memacu pertumbuhan Malaysia dan memperkasa kesejahteraan rakyat,

“Ucapan sulung Perdana Menteri itu, amat bertepatan dan diharapkan menjadi penyatu seluruh warga dalam menghadapi kemelut negara ketika ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Zambry, BN yakin komitmen Ismail Sabri menjadi neraca yang baik untuk beliau memulakan langkahnya dalam menerajui pentadbiran negara di tengah-tengah cabaran pandemik COVID-19, kesuraman ekonomi dan kesukaran kehidupan sosial.

“BN akan terus memberikan komitmen mempertahankan kestabilan politik negara dan bersama-sama Perdana Menteri mengharungi cabaran semasa negara,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply