Home Pertahanan dan Keselamatan Ekesais SEACAT tingkatkan kecekapan anggota APMM dengan Tentera Laut AS

Ekesais SEACAT tingkatkan kecekapan anggota APMM dengan Tentera Laut AS

by Air Times News Network

LUMUT, 23 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak bersama Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) telah melaksanakan Eksesais South East Asia Cooperation and Training (SEACAT) pada 14 hingga 20 Ogos lalu di sekitar perairan Pulau Jarak, Perak.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, eksesais ini secara langsung berupaya meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan pegawai serta anggota pusat operasi dalam mengendalikan alat komunikasi dan perhubungan antara negara.

“Eksesais kali ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama, seminar ‘Maritime Security’ dilakukan secara ‘virtual’ di Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajayaa pada 10 hingga 13 Ogos lepas,

“Fasa kedua merupakan fasa laut yang dilakukan di sekitar perairan Pulau Jarak pada 14 hingga 20 Ogos dan Kapal Maritim (KM) NYALAU mewakili Maritim Malaysia dalam eksesais ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, semasa sesi eksesais fasa laut, latihan komunikasi melibatkan KM NYALAU, USS TULSA milik USN, kapal tangksi SILVER HANA serta pihak ‘Information Fusion Centre’ (IFC).

“Selain itu, KM NYALAU turut melaksanakan misi penggeledahan secara ’hybrid’ dengan menggunakan peranti komunikasi antara ’Vessel of Interest’ (VOI) untuk mendapatkan maklumat dan disalurkan pada agensi sahabat,

“Beberapa siri latihan lain juga telah dilaksanakan oleh KM NYALAU bersama USN meliputi operasi membanteras aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah serta penyeludupan dan pemerdagangan manusia,” ujarnya.

Tambahnya, eksesais ini telah dikoordinasikan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM) serta Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan Maritim (BKPM) Ibu Pejabat APMM dengan menggunakan peranti komunikasi dalaman seperti ’Government Integrated Radio Network’ GIRN, ‘HF’ telefon dan email.

“Inisiatif eksesais yang dijalankan secara intensif ini mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara negara seterusnya mempromosikan negara dalam konteks kedaulatan perairan negara di peringkat global,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply