Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PEJUANG nafi ada kerjasama, rundingan dengan PN

PEJUANG nafi ada kerjasama, rundingan dengan PN

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menafikan sebarang kerjasama atau rundingan dengan mana-mana pihak telah dilakukan apatah lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang jelas gagal.

Ketua Penerangannya, Ulya Uqamah Husamudin berkata, PEJUANG juga tidak pernah menandatangani sebarang surat sokongan (SD) kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebarang berita tular yang mengatakan sebaliknya adalah palsu dan tidak bertanggungjawab,

“PEJUANG sebelum ini dengan konsisten menyatakan bahawa kami tidak bersetuju dengan kerajaan sedia ada dan berkali-kali meminta Perdana Menteri serta kabinetnya meletakkan jawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, fokus PEJUANG masih kekal kepada langkah-langkah mengatasi permasalahan rakyat dalam menghadapi masalah kesihatan dan ekonomi. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply