Home Semasa Selepas bendera putih, kempen kibarkan bendera hitam pula

Selepas bendera putih, kempen kibarkan bendera hitam pula

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Selepas tular kempen kibaran bendera putih bagi membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19, kini muncul pula kempen kibarkan bendera hitam.

Skretariat Solidariti Rakyat berkata, kempen bendera hitam ini bagi menuntut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan serta merta, buka Parlimen dengan kadar segera dan Tamat Darurat.

Kempen ini digerakkan Skretariat Solidariti Rakyat yang juga adalah penganjur bersama Himpunan #Undi18Now dan Himpunan #BukaPuasaBukaParlimen.

Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Agung Penaja Parti MUDA, Amir Abdul Hadi dalam hantaran di media sosialnya, semalam.

Menerusi satu kenyataan, Skretariat Solidariti Rakyat berkata kempen kibar bendera hitam ini bagi menzahirkan kekecewaan rakyat terhadap kegagalan Muhyiddin serta barisan kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Oleh itu mereka menyeru, seluruh rakyat Malaysia yang bersetuju dengann ketiga-tiga tuntutan untuk mengibarkan bendera hitam pada 3 Julai (Sabtu) ini dihadapan rumah, kedai dan jalan atau tempat-tempat lain yang sesuai.

“Ambil gambar dan hantarkan di media sosial anda secara serentak pada jam 3 petang serta gunakan tanda pagar #Lawan pada setiap hantaran anda,

“Tindakan ini adalah sebagai simbolik bagi mendesak agar kesemua tuntutan dilaksanakan segera” kata kenyataan itu.

Menurutnya, aksi langsung ini adalah mesej kepada kerajaan bahawa rakyat sudah muak dan letih dengan ketidakpastian penyelesaian bagi permasalahan negara serta rakyat.

“Aksi ini juga adalah satu permyulaan kepada aksi-aksi lain sekiranya Muyhiddin gagal meletakkan jawatan,

“Kami juga ingin mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan agar berwaspada dengan kemarahan rakyat,

“Apabila rakyat sudah terdesak dan kelaparan, ingatlah bahawa mereka bukan boneka yang akan hanya berdiam diri ketika ditekan,” ujarnya.

Dalam pada sama, sekteriat itu berkata, mereka bersedia untuk turun ke jalanraya sekiranya tuntutan-tuntutan ini tidak diendahkan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply