Home Pertahanan dan Keselamatan 44 lagi PATI ditahan dalam Operasi Benteng, semalam

44 lagi PATI ditahan dalam Operasi Benteng, semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dilaksanakan di seluruh negara, semalam.⠀

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan turut merampas 9 kenderaan darat dan 2 buah bot atau kapal.⠀

“Dalam operasi itu juga, sebanyak 207 buah bot atau kapal telah dikesan di perairan negara melalui 10 aktiviti penglihatan,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.⠀

Dalam masa yang sama, Op Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 948 Sekatan Jalan Raya (SJR), semalam.⠀

“Sebanyak 894 SJR telah dilakukan melalui Operasi Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA. Manakala Op Benteng PDRM sebanyak 45 SJR dan Op Benteng AKSEM (9),” ujarnya.⠀

Selain itu, Ismail Sabri berkata Task Force Pematuhan oleh PDRM telah menahan 754 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) PKP.⠀

“Daripada jumlah itu, seramai 701 individu telah dikompaun manakala, 53 lagi direman,⠀

“Antara kesalahan direkodkan ialah mereka yang gagal merekod butiran diri atau berdaftar masuk premis sebanyak 144 kes; rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis (141); tidak memakai pelitup muka (135) dan tiada penjarakan fizikal (92),

“Selain itu, individu lain yang ditahan adalah melibatkan kesalahan membawa penumpang berlebihan (84); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (78); premis gagal patuhi arahan (11) dan lain-lain kesalahan (69),” tambahnya.

Beliau berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah melakukan 97,691 pemeriksaan semalam, melibatkan 4,997 pasukan pematuhan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang PKP.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply