Home Semasa Saya dah tutup pintu depan, tapi…. – Ismail Sabri

Saya dah tutup pintu depan, tapi…. – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Hantaran ringkas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi laman facebooknya menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya, hari ini.

“Saya sudah tutup pintu depan tapi….” dengan emoji sedih kata hantaran tersebut bersama gambar beliau sedang menutup bilik pejabatnya.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata memberi komen mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Syazril Shah dalam komennya berkata “setuju usaha lockdown ni dan sangat-sangat menghargai usaha para frontliners. Tapi kalau mcm ni gayanya kita hanya bakal buang masa, tenaga, sumber dan duit je untuk lockdown sampai 14 jun ni,”.

“Takpe Dato’ usaha lagi untuk bersuara. Jika Dato’ melakukan dengan betul in shaa Allah rakyat juga akan turut bersama Dato’,

“Dato harus teruskan bersuara agak menteri yang lain tu dengar masalah yang berlaku. Selagi sektor kilang dibuka maka lockdown kali ni umpama tiada erti pada rakyat. Fikir-fikir kan lah Dato’. Jangan biar kan diri Dato’ dipersalahkan oleh rakyat. Kerana satu kutu habis semua jadi mangsa,” kata Asnirul Fitri Tukimam.

Manakala, Norazura Harris pula berkata “Sian paklong mail, penat-penat tutup pintu depan tangan-tangan ghaib yang bukak pintu belakang, saya sangat hargai usaha paklong mail ni moga Allah permudahkan amin,” katanya dalam ruangan komen.

Setakat berita ini ditulis, hantaran tersebut mendapat perhatian natizen dengan menerima lebih 40,000 tanda ‘likes’, 9,300 komen dan 7,400 perkongsian. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply