Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 3 tekong darat bawa masuk 18 PATI ke Sarawak dicekup

3 tekong darat bawa masuk 18 PATI ke Sarawak dicekup

by Nurulhuda

LUNDU, 24 Mei – Hasrat 3 orang tekong darat untuk membawa masuk 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk mencari kerja di Malaysia gagal, apabila kesemua mereka ditahan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Sektor Kandaie, Lundu, semalam.

Sel Perhubungan Raya, Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berkata, kesemua mereka ditahan oleh anggota ronda yang melaksanakan operasi di Kandaie, kira-kira 2 kilometer dari sempadan antarabangsa Malaysia-Indonesia.

“Sepasukan anggota diatur gerak untuk membuat serang hendap (SERKAP) di Sektor Kendeie telah menahan 3 orang warga tempatan yang disyaki tekong darat serta merampas sebuah motorsikal dan sebuah lori 1 tan yang dipandu oleh 2 orang tekong bagi menyuludup 18 orang PATI berkenaan,

Anggota Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) turut menahan 3 orang warga tempatan yang disyaki sebagai tekong darat yang membawa masuk 18 PATI Indonesia tersebut. Foto: Markas 1 Divisyen

“Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 17 orang lelaki dan seorang wanita yang berusia diantara 19 hingga 49 tahun,

“Kemudian mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam hantaran di media sosial rasminya.

Hasil siasatan, mendapati penunggang motosikal berkenaan bertindak sebagai pemerhati bagi memastikan lorong tikus tersebut selamat sebelum lori yang membawa kumpulan PATI berkenaan melaluinya.

Menurutnya, ATM akan terus komited memperkasakan keselamatan di persempadanan daratan negara dari sebarang bentuk pencerobohan samada oleh PATI mahupun jenayah rentas sempadan yang lain. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply