Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 4 Divisyen terima 70 motosikal Scrambler perkasa Op Benteng

4 Divisyen terima 70 motosikal Scrambler perkasa Op Benteng

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus komited memperkasakan keperluan aset bagi mempertingkatkan keupayaan pengoperasian Operasi Benteng (Op Benteng).

Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 70 unit motosikal Scrambler jenis WMOTO SX2 300cc.

Majlis simbolik penyerahan motosikal ini telah disempurnakan oleh Panglima 4 Div, Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran di Kem Wardieburn, Setapak, semalam.

“Motosikal ini akan diagihkan kepada pasukan di bawah naungan 4 Div mengikut ketetapan yang telah diatur oleh TDM,

“Markas 4 Div menerima sebanyak 5 unit, Batalion 74 Kor Perkhidmatan Diraja (74 Bn KPD) sebanyak 30 unit, 74 Wokshop Div sebanyak 2 unit, Kompeni Kedua Kor Polis Tentera Diraja (2 Komp KPTD) sebanyak 12 unit dan 2 Kompeni Angkut KPD sebanyak 14 unit,

“Manakala, 2 Wokshop Briged menerima sebanyak 3 unit, Rejimen ke-23 Askar Melayu Diraja (23 RAMD) sebanyak 1 unit, Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) sebanyak 1 unit dan Batalion ke-9 Rejimen Renjer Diraja (9 RRD) sebanyak 2 unit,” katanya.

Menurutnya, penerimaan aset terbaharu ini adalah bertepatan dengan Tonggak Pertama Panglima tentera Darat Ke – 28 iaitu ‘Kelangsungan Misi dan Kesiagaan’ yang memberikan penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TDM berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.

Sebelum ini, TDM telah menerima sejumlah 378 unit Motosikal Scrambler 300cc dari Syarikat Global Mahawangsa Sdn Bhd di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP). –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply