Home SemasaGlobal Australia rancang buka semula sempadan pada pertengahan 2022

Australia rancang buka semula sempadan pada pertengahan 2022

by Air Times News Network

MELBOURNE, 17 Mei – Pihak berkuasa Australia menegaskan akan membuka semula sempadan antarabangsanya pada pertengahan tahun 2022 jelas Ahli Politik dan Bendahari Australia, Josh Frydenberg, semalam.

Frydenberg menerusi wawancara televisyen tempatan Australia berkata, meskipun wujud tekanan dari parti konservatif yang membantah penutupan sempadan antarabangsa, namun pihaknya memutuskan untuk mengekalkan rancangan itu.

“Kami akan akur dengan nasihat pakar perubatan yang telah membantu dan bersama-sama pihaknya sepanjang krisis ini,” ujarnya dalam wawancara itu.

Rancangan pihak berkuasa Australia untuk membuka semula sempadan negara itu pada pertengahan 2022 turut mendapat kritikan daripada golongan peniaga, sektor perindustrian dan ahli politik.

Terdahulu, Australia telah menutup persempadannya kepada golongan bukan warganegara sejak Mac 2020 dan hanya mula membenarkan kemasukkan antarabangsa untuk individu tertentu baru-baru ini.

Penutupan sempadan itu turut digabungkan dengan perintah berkurung, proses menjejak kontak rapat dan patuh pada ketetapan kesihatan awam telah menjadikan langkah pencegahan pandemik COVID-19 Australia adalah antara yang terbaik di dunia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply