KUALA LUMPUR, 16 Mei – Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengeluarkan amaran serangan siber dari Israel.
Notis dalaman yang dikeluarkan oleh CDOC pada Sabtu menyatakan infrastruktur siber ATM menjadi sasaran negara tersebut sebagai serangan balas oleh beberapa kumpulan penggodam di Malaysia.
“Terdapat peningkatan aktiviti serangan balas terhadap infrastruktur siber ATM rentetan pelancaran penggodaman menerusi #OpsBedil dan #OpsIsrael,
“Kempen yang dilaksanakan ini dikhuatiri menyebabkan tindak balas agresif daripada penyokong Israel,” katanya.
Menurut CDOC, antara bentuk serangan yang bakal dihadapi adalah mencacatkan laman web (web defacement), Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDos), penyuluhan siber (cyber espionage) dan perisian hasad (malware). – airtimes.my